Wanita Asia Tips Kesihatan Dan Kecantikan

Powered by Blogger.

Doktor Terkejut Dengan Menggunakan Kulit Bawang Merah Mampu Merawat Penyakit Darah Tinggi Dan Stroke Dalam Masa Singkat

Cara merawat darah tinggi dan storek secara semulajadi


Sebahagian orang malaysian sering kali buang bahagian-bahagian yang paling berguna dari buah-buahan serta sayur-sayuran dalam kehidupan harian-., satu diantara segi yang sering kali dibuang iaitu kulit walaupun sebenarnya sisi ini mempunyai banyak nutrisi untuk badan.



Pakar pemakanan menasihatkan kita agar tidak buang beberapa kulit sayur-sayuran dan buah-buahan, termasuk kulit bawang, kulit limau serta kulit tembikai kerana kaya nutrisi yang boleh tingkatkan kesihatan manusia.

Sebahagian kegunaan kulit bawang merah mungkin saja belum pernah kita ketahui, namun beberapa pakar pemakanan menyampaikan kulit bawang merah sebagai makanan super! "Yuuk kita mencari info apa sajakah manfaatnya serta alasannya kenapa!

Manfaat Kulit Bawang Merah Yang Tidak sering Di ketahui Perlu difahami apabila kulit bawang merah itu sentiasa dibuang baik di pasaran atau dapur, fikirkan berapakah tan dalam harian-. makanan berkhasiat ini dibuang sekian saja! Itu manfaat kulit bawang merah untuk kesihatan:


http://infoherbalis.com/wp-content/uploads/2016/02/kulit-bawang-merah-dan-bawang-putih-526x330.jpg
foto infoherbalis.com
 Pertama, kulit bawang merah mengandungi quercetin, quercetin iaitu satu p! Gm3n tanaman yang dapat menolong anda kurangkan desakan dar4h dan mencegah penyumb4tan p3mbul "uh dar4h hingga terlepas dari penyakit kritikal seperti tekanan dar4h tinggi atau stroke.

Kedua, zat antidioksidan serta quercetin yang ada pada kulit bawang merah diakui mempunyai kesan anti-inflamasi (anti radang) yang menolong rawatan penyakit dengan gejala perad4ngan.


 Ketiga, kulit bawang merah mempunyai kandungan serat yang tinggi hingga boleh . melancarkan system pencernaan, serta kulit ini boleh meng4ndung sebatian fenolik yang di ketahui boleh mencegah penyakit koronari.

Ke empat, manfaat kulit bawang lalu yakni boleh menolong mengubati kaki kekejangan,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfkkwSx_Da6we0vOJgKvgN5KphXD3drF_-J_s0nQiTdJp363mWnBww-v5O0bjr1Sz4gg_higaPZNf1S0xMljKneFJRD8WZAFjZPZwj-ewr3o7q9AvYlRffda7ZGeF8Sc0utIurvsaMsivN/s640/manfaat-kulit-bawang-merah.png

langkahnya dengan merebus kulit bawang di air kurun waktu 10 s / d 20 minit lalu angkat kulit dari air. Minum ramuan ini seperti seperti minum teh termasuk dulu tidur, jadi dalam masa 1 minggu akan terasa khasiatnya dalam merawat kaki kejang.


 Kelima, kulit bawang merah boleh dijadikan campuran dalam tepung, sehingga anda boleh makan roti dengan kandungan anti-oksidan!


Jangan Ajar Anak korek telingga, Inilah fakta menakutkan korek telingga

Info kesihatan : bahaya korek telingga yang ibu bapa wajib tahu




Dari kita kecik, aktiviti korek telinga dah jadi kebiasaan sebab memang diajar berbuat sedemikian. Baik dengan menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam(secara spesifiknya pin rambut), KOREK TELINGA dah jadi satu rutin mingguan ataupun bulanan kita semua. Ada setengah tu, bila telinga rasa gatal je terus korek nak hilangkan gatal.

Kita korek telinga dengan tujuan nak cuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. Tapi kita tak tahu, korek telinga sama ada guna putik kapas @ pin rambut sebenarnya bahaya walaupun kita rasa selamat sebab putik kapas tu lembut. Memang susah kita nak percaya, sebab tak jadi apa apa pun kan selama kita menggorek telinga.



Gambar kat atas ni menunjukkan apa yang berlaku kalau kita korek telinga kita terlalu dalam sampai masuk ke kawasan telinga tengah dan menyebabkan pendarahan. Ok jom kita tengok struktur telinga kita dengan lebih detail.

Tempat yang tertembus tadi tu, sebenarnya adalah gegendang telinga. Kalau ini terjadi masa kita korek telinga, besar kemungkinan kita boleh pekak & mesti lah sangat ngeri kan. Tapi itu lah yang kita jadikan rutin, sebab kita rasa ada benda dalam telinga kita yang kita panggil tahi telinga dan kita selalu cakap, ‘Dah nama pun taik mesti lah kena buang!’.

Telinga kita ni dicipta dengan mekanisme membuang kotoran yang ada pada telinga. Sama juga macam bulu mata yang melindungi mata serta bulu hidung yang melindungi hidung daripada habuk. Telinga pun ada mekanismenya sendiri. Benda yang kita panggil tahi telinga itulah yang sebenarnya menjadi agen pembersih telinga daripada kotoran.

Dan kita sebenarnya tak perlu susah-susah nak bersihkan, kotoran itu akan keluar sendiri. Taik telinga ni cair dan sentiasa reproduce. Jadi kalau nak bersihkan, bersihkan bahagian luar telinga je. Tak perlu korek dalam-dalam. Selagi taik telinga tak tergumpal sampai tersumbat & menghalang bunyi masuk ke telinga dalam, kita tak payah nak korek & buang tahi tu.


Kesan Mengorek Telinga


Tahi telinga@ear wax terhasil daripada proses fisiologi dalam diri kita dan dihasilkan dalam jumlah yang amat sikit. Yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses mencuci tahi telinga yang sepatutnya berlaku tanpa gangguan.

Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah di programkan untuk ‘menyapu keluar‘ tahi telinga. Sebabkan tu lah siapa yang tak gunakan putik kapas, akan terasa macam ada debu kat kawasan cuping telinga.

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSqN2B1XvgQVfsrM6xhbXxfoKZ1UrPhIID7CCBSUveXhhyE6Ez6hw

Debu tu sebenarnya, tahi telinga yang disapu keluar dari telinga kita. Bila mekanisma ini diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah tahi telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih dalam.

sumber:gempak.org

Sampai ke suatu tahap, bila telinga dah tersumbat kita mungkin mengalami kurang dengar konduktif (conductive hearing loss). Telinga kita bentuknya bersudut. Kalau kita suka korek dalam-dalam, boleh sebabkan telinga melecet dan akan jadi bengkak-bengkak, berdarah dan bernanah.

Anak kena demam denggi? Cuba sup ketam nipah ia mampu menyembuhkan demam denggi tanpa perlu makan ubat

Petua: Sup ketam nipah merawat denggi


Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini


Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.

https://sitik.files.wordpress.com/2010/04/denggi-demam.png
sitik.files.wordpress.com

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

https://lh5.ggpht.com/qxgq5eLTtEcRtKRXSATpu1URj1O8-qNUlM_74R2yDEDblgGgg08BkRzebcqVE_iMing=w300

Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.

Testimoni ini dari salah seorang pesakit demam denggi, sila layari blog beliau: http://wajahayu.blogspot.com/2009/10/sup-ketam-penawar-demam-denggi.html

Bahan pemutih gigi boleh akibatkan kanser

Pihak berkuasa Perancis memulakan siasatan selepas menerima laporan yang mendakwa terdapat risiko penyakit barah ekoran penggunaan bahan tambahan dalam ubat gigi di negara ini.


Menurut French Tribune yang memetik laporan tersebut, selain ubat gigi, bahan tambahan untuk memutihkan gigi itu turut digunakan dalam penghasilan gula-gula getah.

Laporan itu didedahkan berdasarkan satu kajian yang dilakukan sepasukan penyelidik dari Perancis dan Luxembourg yang memasukkan bahan tambahan yang dikenali sebagai E171 ke dalam makanan untuk diberikan kepada tikus makmal selama 100 hari.

Laporan tersebut menyatakan, penggunaan bahan terbabit boleh dikaitkan dengan luka-luka kecil yang menjadi penyebab kanser seperti yang dialami oleh tikus-tikus makmal tersebut.

Kenyataan itu diperkukuhkan apabila hasil penyelidikan mendapati, hampir 40 peratus daripada tikus yang diberikan makanan mengandungi bahan tambahan tersebut mengalami luka seperti yang disebutkan.

Selain digunakan dalam penghasilan ubat gigi dan gula-gula getah, E171 turut digunakan untuk menghasilkan kek ising dan telah diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) sejak lebih 50 tahun lalu.

Dalam pada itu, pasukan penyelidik terbabit mendakwa, bahan tambahan yang digunakan itu turut menghalang sistem imu­nisasi badan daripada bertindak balas selain meningkatkan tahap kecederaan yang dialami oleh tikus-tikus ber­kenaan.

“E171 mengandungi partikel nano daripada titanium dioksida yang terkandung secara semula jadi dalam oksida logam.

“Bahan itu merupakan salah satu daripada lima bahan nano yang sering digunakan untuk menghasilkan produk pengguna termasuk makanan, cat dan barangan kosmetik,” kata pasukan penyelidik tersebut.

Hasil penyelidikan itu diterbitkan dalam jurnal Nature yang disiarkan oleh Scientific Reports.- utusan

Waspada!! 500 bahan kimia dalam minyak wangi yang menyebabkan anda diserang pelbagai penyakit

Info kesihatan : Keburukan memakai minyak wangi secara kerap


kesan buruk minyak wangi - Memang tidak dapat dinafikan, anda semua sukakan haruman, sehinggakan kereta dan blik tidur turut dihiasi dengan bahan pewangi. Namun, apa yang anda tidak sedari adalah risiko yang dibawa olehnya yang boleh membawa kesa terhadap kesihatan anda.


Jika anda ingin tahu, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk.

Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzal, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh menyebabkan anda kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak.

Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu.

Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Walaupun ada banyak kesan sampingannya, mengelak diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.


Tanda-tanda Anda Mengidap Kanser Payudara Dan Cara Rawatan Untuk Mencegah penyakit tersebut daripada terus menular

Info kesihatan : Tanda-tanda kanser payudara dan kaedah rawatan

Apa Itu Kanser Payudara?


Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.


Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara


Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi ketumbuhan atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, kedudukan tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.


Tanda dan Gejala Kanser Payudara


Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda keradangan seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai "peau d'orange".

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Kedudukan Kanser Payudara


Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Kedudukan kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau peringkat pembiakan (pembiakan).

Kedudukan 0 atau ketumbuhan kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma * Duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Kedudukan I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Kedudukan II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Kedudukan III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Kedudukan IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.


kaedah Rawatan


Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

Dia Membelai dan Memeluk Saya Malam Itu Tak Sangka Itulah Permintaan Terakhir Dari Suami yang saya Tak Tunaikan

Agak sedih bila baca kisah seorang isteri yang terlepas menunaikan permintaan terakhir suami. Bahkan ianya adalah pahala akhir beliau kepada suaminya. Namun segala-galanya sudah terlambat ...

Semoga bermanfaat sebagai tauladan kepada kita semua.

"Saya mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalam keluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan. Saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Maghrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Maghrib, kami keluar ke sebuah restoran kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoran, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang.

Saya melihat jam tangan. "Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang, "kata saya. Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman.

Kami tiba di rumah jam 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur. Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoran. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum. Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan saya. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri dan yang lebih saya takuti jika suami tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya".

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir di pipi. Saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.

p / s: sebagai isteri, wajib melayan kehendak zahir & batin suami selagi ianya tidak melanggar undang-undang agama




Bersetubuh Ketika Haid, Inilah Sebabnya Mengapa Islam Haramkan Perbuatan Tersebut

Iѕlаm mеnghаrаmkаn mеlakukаn hubungаn ѕеkѕ аntаra ѕuаmі dаn istеrі kеtіkа masa hаid. Undang-undang іnі tеlah diјеlаskan oleh Allаh Ta'alа didаlаm fіrman Nyа уang bermаkѕud:


"Dаn mеrеkа bеrtanya kераdamu (wahai Muhаmmad), mеngenаі (undang-undang) hаіd. Kаtakanlah:" Dаrаh haіd itu аdаlah kоtоrаn dаn mendаtangkan mudаrat ". Olеh ѕebab itu hеndаklаh kаmu mеnjаuhkan dіrі dаrі pеrеmpuаn (јаngan bеrѕеtubuh dengan іѕtеri kаmu) dalаm mаѕа dаtang dаrah hаid itu, dаn jangаnlаh kamu hamрiri mеrеkа (untuk bеrѕеtubuh) sеbelum mеrеkа ѕuсі.

Kemudіаn аpabіla merеkа ѕudah bеrѕuci mаkа dаtangіlаh mеrеka menurut јаlаn уаng diреrіntаhkan оleh Allah kераda kamu. SеѕungguhNya Allаh mеngаsihі orаng-оrang yang bаnуak bertaubаt, dan mengasihі orang-оrаng yang ѕentiаѕа mеnѕucіkаn diri. "(Surаh Al-Baqarаh 2: 222)


Didalаm Hadіs Nabі Muhаmmаd ѕ.а.w banуаk mеmpеrkatаkаn hаl іnі, dіаntаrаnуа sabdа Rаѕulullah ѕ.aw yang bеrmаksud: "Sеѕіаpa уаng mеnуetubuhі wаnіta yаng ѕеdаng haid atаuрun mеnyеtubuhi wanіta dі ѕalurаn duburnуа аtаuрun mеndatаngі tukаng tеnung nаѕib dаn mеmpercаyаinуa, ѕеsungguhnуa diа telah kufur dengаn аpa уang diturunkаn kе аtaѕ Muhammаd. " (Riwayat Ahmаd dаn Tаrmuzі)

Imam Al Ghаzаli merumuѕkаn undang-undang ini di dalаm Ihуа Ulumuddіn dengan bеrkаta, "Janganlаh suаmі menуetubuhі іstеrі уang ѕеdаng hаіd dаn јuga јаngan sеѕudah haіd ѕеbеlum sі іsterі mеnуеmрurnakаn mаndі wаjіb terlebih dahulu, kеrаnа уang dеmіkiаn itu dіharamkan dеngаn dalіl Al-Qurаn.

"Kаjian Mengеnaі Bаhayа Sеkѕ Ketikа Hаіd Mеlakukan hubungаn ѕekѕ kеtіka haіd mempunуаі bаnуаk riѕiko, mеnurut kajiаn yang dіјаlankan оleh Dr. Dіanа Antоnіѕkіs (MD) dаrі Kumpulan Pеnyеlidikаn dan Pеndіdikаn (Thе Reѕeаrсh And Educаtiоn Group) уang bеribu реjаbat di Oregоn, dalаm аrtіkеl yаng bertајuk Womеn With HIV Infеctiоn, rіѕіkо јangkіtan kumаn HIV mеnіngkat dі kаlаngan wаnіta yang mеngаdakan hubungаn ѕеkѕ kеtіkа haіd аtаupun dengаn lelаki yаng tіdak bеrkhatаn.

Pusat Pеngawаlan dаn Pencеgаhаn Penуаkіt (Centеrѕ fоr Dіsеasе Cоntrоl And Prevеntіоn) dі Amеrіkа, pada Pеrhimpunаn kesebelаs Pertubuhаn Antarаbаngѕa Bеrhubung Penуаkіt-Pеnуаkіt Jаngkіtаn Sekѕuаl dі New Orlеans yang dіаdakаn padа 27 hingga 30 Ogoѕ padа tahun 1995 melaроrkаn, mеnјаuhі hubungаn ѕеks ketika haіd аtаupun kеtіkа mеngаlаmі pеndаrаhаn di bаhаgiаn farаj аdаlаh рentіng untuk mеngurаngkаn risikо dіjаngkіtі kumаn HIV bаgі lelаki dan wаnіtа.

Lарoran itu јuga menjеlаskаn, wаnіta уаng mеngadаkаn hubungаn sеkѕ kеtіkа haid meningkatkan rіsikо diјangkіtі AIDS ѕеbаnyak еnаm kalі gandа. Pеrѕetubuhаn pada wаktu haіd jugа bоlеh mengakіbаtkаn реndarаhаn уаng tеruk kе аtаs wаnіta. Kaјіаn уang dіlakukаn oleh Dr. Wіnnіfіеld Cutlеr dan rаkan-rаkannуа dаrі Inѕtіtut Athеna Bagi Kеѕihаtan Wanitа dі Chestеr Sprіngs menunјukkаn, wanіtа уаng hаmрir рutuѕ hаіd аtau pеrіmenopаuѕаl, yang kеraр mengаdаkаn hubungan sekѕ ketika hаіd ѕering kali mеngаlami masalаh pеndаrаhan yаng tеruk dаriрada bіaѕa.

Kеbіаѕааnnуa kеѕ-kes seреrtі іnі аkhіrnyа terрakѕа mеnјalani реmbеdаhаn bеrіsіkо tіnggі untuk membuang rahim аtаu hуstеrесtоmу dan оvаrі аtаu оvаrіеctоmy. Penеmuаn іnі dіlаpоrkаn di dаlаm Jоurnаl оf Psусhoѕоmatіc Obstetrісѕ аnd Gynаecolоgу раda tаhun 1996. Bagi golongаn wаnіta, tіub fаlloрiаn dan оvаrі merеka bolеh diѕеrаng kuman bаktеrіa sehinggа mеnyеbabkаn kерutihаn, ѕakіt dan dеmаm уang kuаt.

Riѕikо untuk menghidаp pеnуakіt ini аdalаh tіnggi dі kаlangan mеrеkа уаng mеlаkukan hubungan sеkѕ kеtіka hаid. Hаl ini diѕеbabkаn, kеbіaѕааnnуа tіub fallорian dаn оvarі dіlіndungі daripаda ѕerangan baktеrіа оleh bаhаn aѕіd уаng tеrdаpat dі kawasаn fаraj atаu vаginа. Ketika wanitа itu dіdаlаm keadааn hаіd, kаwаѕan fаraј mеnјаdi аlkаlі juѕteru mеmudаhkаn kuman untuk mеmbіak dаn mеndatаngkan penyаkit terutаmаnya арabila bеrlаku реrѕetubuhаn рada wаktu іtu.

Oleh уang dеmіkіаn, undang-undang реnghаrаman pеrsеtubuhan ketika haіd оleh аgama Iѕlam аdalah аmat bаіk kerana ia mendаtangkаn banуаk mаnfааt dаri ѕudut kеsihatаn. Walаubagаіmanаpun Islаm tidak mеlarаng diаntаrа ѕuаmі іѕtеri bеrgurаu sendа dаn bеrgaul mеsrа semasa hаid, аѕаlkаn реrbuаtаn itu tіdаk membаwa kераdа реrѕеtubuhаn. Mеnurut Hаdith уang dіrіwауatkаn olеh Bukhаrі, Aіѕуаh реrnаh ditanya olеh Mаsruq bin Aјdak, "Aраkah yang bolеh dіlаkukаn оleh suаmі sеmаѕa iѕtеrіnya ѕеdаng dаlam kеаdaan haіd?" Lalu Aіѕyah menjаwаb, "Apа-apа sаhаја kесuali berѕetubuh." (Hаdіth Sahih Bukhаrі).

9 Tanda-tanda Awal Anda mengalami Masalah buah pinggang

Info kesihatan : Tanda-tanda anda menghidap Penyakit buah pinggang


Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.




1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pingganguntuk mengeluarkan sisa-sisa buangan daripada tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

5. anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

6. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

7. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

8. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

9. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Tidur Berlebihan Waktu Siang, Inilah 5 kesan buruknya hingga Membawa Maut

Info Kesihatan : Bahaya dan kesan buruk tidur berlebihan di siang hari


Sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup setiap malam iaitu antara 7 hingga 9 jam. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam se malam berisiko mendapat banyak penyakit. Dalam kehidupan yang serba canggih ditambah pula dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar bagi kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Mungkin ini adalah salah satu sebab banyak sangat orang yang berpenyakit sekarang ini.




Di antara kebaikan cukup tidur ialah:

1. Jantung sihat

Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam) adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.

2. Mencegah kanser

Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu) bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.

3. Kurangkan stres

Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres yang boleh meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon stres pula akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.

4. Kurangkan keradangan

Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya.

5. Menyegarkan badan

Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.

6. Menguatkan ingatan

Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang. Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.

7. Membantu menurunkan berat badan

Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.

8. Tidur sebentar waktu siang lebih sihat dan produktif

Tidur sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan dalam Islam kerana ini adalah amalan sunnah Rasullulah SAW sejak 1434 tahun yang lalu, bagi mengembalikan tenaga.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.” (HR Ibnu Abbas)

Sejak kebelakangan ini beberapa kajian dilakukan bagi melihat keberkesanannya, contohnya kajian di Greek ke atas 24,000 orang dewasa yang tidur sebentar waktu siang beberapa hari seminggu dapat menurunkan risiko mati disebabkan penyakit jantung. Tidur sekejap waktu siang juga dapat memperbaiki daya ingatan, fungi kognitif dan mood. Dapatan ini mengesahkan manfaat tidur sekejap waktu siang seperti yang biasa diamalkan oleh orang Islam.

9. Mengurangkan risiko kemurungan (depresi)

Cukup tidur malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap malam.

10. Membantu memperbaiki sistem badan

Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau tisu badan yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain keroskan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.


berikut kesan-kesan jika kita tidur berlebihan di siang hari

1. Masalah Metabolisma

Tidur siang berlebihan menyebabkan tubuh badan tidak berfungsi berdasarkan jadual semulajadinya. Anda akan merasa selalu lapar dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Berat badan juga meningkat.


2. Lesu

Tidur berlebihan menyebabkan badan kurang cergas dan minda kurang cerdas. Hal ini menyebabkan badan terasa letih dan lesu. Selain itu, sistem tubuh badan kita juga lambat untuk memulakan operasi secara normal pada waktu siang.


3. Kehilangan Masa Produktif

Waktu awal pagi adalah masa otak kita dalam keadaan segar dan merupakan masa yang sesuai untuk memulakan sesuatu kerja. Apabila kehilangan masa berharga, kita terpaksa menyelesaikan sesuatu tugas sehingga lewat malam dalam keadaan terburu-buru.


4. Disorentasi

Tidur berlebihan menyebabkan otak kita sukar untuk fokus dalam masa yang lama. Metabolisma dalam otak juga sentiasa dalam kadar yg tinggi seterusnya menyebabkan seseorang mudah merasa lapar. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat dikurangkan jika kita selalu bersukan.


5. Pening Kepala

Cairan serebrospinal bergerak kearah otak semasa kita tidur. Hal ini menyebabkan sakit kepala yg teruk dan menyebabkan masalah penglihatan sehingga buta.

sebagai orang islam kita disarankan tidur ketika selepas solat zohor kemudian bangun selebum asar dan tidak digalakkan tidur selepas asar 

Lapan Surah Ini jika di amalkan mampu Memusnahkan Sel-sel Barah Kanser

Info Kesihatan : Rawatan Kanser paling berkesan menggunakan ayat quran


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.




Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

Insyallah.


sumber:www.ridzalmersing.com

70 Peratus kanak-kanak mengalami kereputan gigi, Inilah antara punca gigi cepat reput dan rosak

 Info kesihatan : Punca-Punca Gigi Mudah Reput Dan Rosak


Senyuman menawan sering dikaitkan dengan kehidupan bahagia. Bagaimanapun, senyuman sedikit ‘cacat’ jika ada antara gigi kita rongak atau rosak.Oleh itu, ramai cuba sedaya upaya mengelak menghadapi masalah itu dengan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.



Sebut saja sakit gigi, kita akan terkedu. Ia boleh menyebabkan kita menderita tetapi ramai keberatan berjumpa doktor gigi sehingga menjejaskan keupayaan menelan atau bertutur.

Meskipun perangkaan daripada Kaji Selidik Epidemiologi Kesihatan Pergigian Orang Dewasa Tahun 2010 peringkat kebangsaan (NOHSA 2010) menunjukkan 88.9 peratus orang dewasa mengalami masalah kereputan gigi, penilaian dan kesedaran terhadap pentingnya penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan mereka masih rendah.

Mungkinkah ini antara sebab hasil kajian dijalankan masih menunjukkan lebih 70 peratus daripada kanak-kanak berusia 12 tahun mengalami masalah kereputan gigi walaupun wujud pelbagai alat untuk menjaga kebersihan dan kesihatan mulut.Lebih membimbangkan, hasil kaji selidik menunjukkan lapan hingga 10 gigi susu kanak-kanak prasekolah di Malaysia berumur bawah lima tahun diserang kereputan gigi.

Ini mungkin tidak memeranjatkan kerana seperti diketahui, kanak-kanak suka meniru perangai baik mahupun perangai buruk ibu bapa.Namun demikian, banyak bukti menunjukkan kereputan dan kaviti gigi boleh dicegah lebih berkesan dengan memahami puncanya.

Lebih penting, amalan penjagaan mulut pada setiap hari dan pemeriksaan tahunan oleh doktor gigi boleh menghindarkan masalah gigi.Penjagaan mulut dan gigi penting bukan saja untuk memastikan kita bebas daripada kesakitan, tetapi juga membolehkan kita menjalankan aktiviti berkualiti dalam kehidupan.

Malangnya, penjagaan mulut dan gigi sering diabaikan. Ada bukti menunjukkan lebih 3.6 bilion penduduk dunia dan berbilion gigi menjadi mangsa kereputan yang kini dikategorikan sebagai penyakit berjangkit.Lebih malang lagi, jika kanak-kanak menjadi mangsa kereputan gigi, kesakitan dan mulut bengkak bukan saja menjejaskan keupayaan mereka untuk makan dan bercakap, tetapi turut membantutkan perkembangan fizikal.

Ini menyebabkan mereka tidak dapat ke sekolah dan menjalani kehidupan lebih berkualiti. Kesakitan bertambah apabila gigi terpaksa dicabut, meninggalkan luka yang mungkin lebih menyakitkan dan mengambil masa untuk sembuh.

Apabila 50 peratus daripada 20 batang gigi susu kanak-kanak berusia bawah lima tahun diserang kereputan gigi, mereka mungkin mengalami masalah kesihatan lain pada masa depan, termasuk yang boleh menjejaskan akal fikiran.Kesan kereputan gigi bukan saja terbatas kepada mulut, bahkan ada bukti daripada hasil penyelidikan yang menunjukkan kereputan gigi boleh menjejaskan kesihatan.


Mengapa dan apa yang menyebabkan kaviti?


Kereputan gigi disebabkan tiga faktor utama. Selain bakteria, ada dua faktor lain iaitu makanan, gigi dan air liur di dalam mulut yang dikawal.Oleh itu, pastikan anda mengamalkan diet sihat dan seimbang dengan mengambil makanan berserat dan kurang gula pada masa betul.

Pada masa sama, kita perlu kurangkan pengambilan snek di antara waktu makan. Pastikan juga makanan tidak liat dan melekit kerana ia mengumpul plak untuk tempoh lebih lama pada permukaan gigi.Plak melekat pada sebarang permukaan, sama ada keras mahupun lembut, dan mengumpul bakteria. Dalam masa kurang lima minit, makanan bergula menjadi rebutan kira-kira dua juta bakteria yang menjadi penghuni tetap dalam mulut, khususnya bakteria Streptococcus mutans dan seumpamanya seperti strep salivarius dan strep viridians.

Bakteria ini boleh menurunkan tahap asid ke 5.5 (pH 5.5). Pada tahap ini, mineral pada ion kimia yang membentuk lapisan enamel luar (lapisan luar putih seperti mutiara) akan terhakis atau terlarut, meninggalkan bukaan yang boleh mengumpul ion kimia yang tidak baik daripada air liur dalam mulut anda untuk melekap dalam lubang.

Justeru, bagi memastikan mempunyai cukup ion kimia positif seperti Fluorida (F-), anda mesti minum air mengandungi fluorida, bukan air minuman ringanAir minuman ringan mengandungi banyak gula iaitu antara enam dan sembilan sudu teh penuh. Jangan lupa untuk memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida.

Sebaik saja ubat gigi berbuih, ion fluorida dalam ubat gigi akan memastikan ia mengisi lubang seni dalam enamel untuk menjadikan gigi lebih kuat. Setidak-tidaknya, gigi lebih kuat akan melengahkan pembentukan kaviti lebih besar.

Kita sewajarnya mengikut konsep 80/20 Jepun yang bermakna pada usia 80 tahun, warga tua negara itu masih dapat mengekalkan 20 (daripada 32) gigi kekal. Dengan demikian membolehkan mereka makan, senyum, hidup sihat dan merasai nikmat hidup berkualiti.

Untuk pengetahuan mereka yang gemar minum air suling atau menggunakan air bertapis, ada bukti menunjukkan kebanyakan fluorida hilang ketika proses penyulingan atau penapisan.Perkara lebih penting untuk diketahui, keadaan dalam mulut mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk kembali ke tahap neutral pH 6 atau lebih seperti sebelum makan.

Pada kebanyakan masa, gigi tidak mempunyai peluang untuk mencapai tahap ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia gemar makan snek di antara waktu makan.Membiarkan ekosistem mulut berasid berbahaya kerana satu lagi jenis bakteria berbahaya, Lactobacillus acidophilus dan keluarganya boleh bermaharajalela dalam keadaan pH berasid dan akan mengekalkannya pada tahap rendah atau lebih rendah untuk tempoh lebih lama hingga melanjutkan kepesatan pelarutan.

Proses pembentukan kereputan gigi berterusan dan kekal sepanjang hayat. Anda menghadapi kereputan gigi yang boleh atau tidak boleh dilihat dengan mata kasar sepanjang hayat.Namun jika menjaga gigi dengan baik dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan awal, besar kemungkinan anda tidak mempunyai kaviti atau banyak gigi berlubang yang besar, baik pada usia muda mahupun pada usia lewat.


Bagaimana menjaga mulut

Sungguhpun mulut terdedah kepada kereputan gigi, kita boleh mengurangkan peluang mendapat kaviti dengan menjaga kebersihan dan kesihatan mulut secara keseluruhan dengan membuat perubahan kecil dalam gaya hidup kita.

• Jika hamil, anda wajar mendapat ucapan tahniah. Mulakan belaian kasih sayang untuk bayi dalam kandungan dengan mengamalkan diet seimbang dan mengambil banyak sayuran serta buah-buahan mengandungi vitamin, mengelak atau mengehadkan pengambilan ‘asam boi’ atau makanan dan minuman manis yang sangat digemari wanita berbadan dua.

Setidak-tidaknya, minum banyak air berfluorida. Pastikan anda memberus gigi hingga bersih sekurang-kurang dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida, terutama sebelum tidur.

Kurangkan tabiat pengambilan snek bagi mengurangkan asid dalam mulut. Jangan lupa berjumpa doktor gigi bagi memastikan ia dalam keadaan baik.

• Kekalkan kecomelan si manja dengan memulakan tabiat menjaga kebersihan mulut sejak bayi. Bersihkan mulut bayi dengan tuala kecil basah dan bersih selepas setiap kali menyusu.

• Jaga kebersihan dan kesihatan mulut si manja supaya sentiasa dapat mengukir senyuman menawan. Mulakan memberus gigi bayi tanpa ubat gigi sebaik gigi susu tumbuh pada usia lima hingga enam bulan.

Apabila mula menggunakan ubat gigi pada usia dua tahun, pastikan anda mengawasi si manja memberus gigi supaya tidak menelan terlalu banyak ubat gigi, lebih-lebih lagi ubat gigi berfluorida. Kumur mulut si manja sehingga bersih. Si manja pasti akan rasa segar dan dapat tidur lena.

• Apabila si manja boleh makan, ini masanya untuk memulakan tabiat menjauhkan gula. Jangan tambah perasa (garam atau gula) ke dalam makanan si manja. Selera bayi tidak sewajarnya dirangsang sejak awal.

Mulakan dengan beberapa sudu kecil bijirin (tanpa gula) atau bubur nasi dan tambah kuah sayur terlebih dulu. Seterusnya, tambah sup daging tanpa perasa dan akhir sekali tambahkan buah-buahan. Dengan cara ini, anda membantu membiasakan si manja dengan gaya hidup sihat.

• Untuk warga emas atau mereka yang memakai gigi palsu, pastikan gigi palsu ditanggalkan sebelum tidur dan diberus untuk menjaga kebersihannya.

Kemudian letakkan dalam air untuk semalaman. Tisu lembut dalam mulut anda memerlukan oksigen dan kesegaran.

Bersihkan mulut dengan betul, pastikan anda memberus lidah (yang biasanya memerangkap sel mati dan sisa makanan) dan berkumur dengan ubat berfluorida. Anda akan rasa bersih dan segar apabila masuk tidur.

• Jika menghidap penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis) atau sakit jantung, lebih penting memastikan mulut sentiasa bersih tanpa kaviti terbuka.

Ini kerana mulut pintu masuk pertama bagi segala yang mengandungi berbilion bakteria. Kesihatan mulut yang tidak dijaga dengan baik boleh memburukkan lagi keadaan penyakit kronik.

Jika boleh, masukkan ubat kumur dalam senarai barang keperluan apabila ke pasar raya untuk membeli-belah, tetapi ubat kumur hanya wajar digunakan selepas memberus gigi!

Umumnya, empat langkah penting boleh anda ambil untuk menjaga kesihatan mulut.

• Jaga kebersihan mulut dengan memberus gigi hingga bersih sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menanggalkan kotoran dan bakteria yang melekat pada permukaan gigi serta dalam lubang papila lidah.

• Guna alat menjaga kebersihan mulut yang lain seperti flos gigi atau berus antara gigi untuk membantu membersihkan sisa makanan yang terselit di celahnya, lebih-lebih lagi jika anda memakai pendakap gigi untuk rawatan ortodontik atau bentuk rawatan pemulihan lain yang mahal seperti bridge dan implan. Tanya doktor gigi apakah yang terbaik untuk anda.

• Guna ubat gigi berfluorida untuk menguatkan gigi dan melindungi gigi daripada kereputan. Elak pengambilan terlalu banyak makanan, minuman dan snek bergula untuk mengelakkan kereputan gigi.

• Dapatkan pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya sekali setahun supaya masalah kereputan boleh dikesan dan ditangani lebih awal. Ini dapat mengurangkan kos penjagaan pergigian kerana anda kurang memerlukan prosedur rumit dan mahal.

Pada kurun ke-19, kereputan gigi disifatkan sebagai ‘penyakit mewah’ di negara Barat. Kita harap apabila meneruskan langkah menuju tahun 2020 untuk menjadi negara maju, kereputan gigi akan menjadi sejarah.

Artikel ini ditulis Pakar Kariologi Pencegahan Oral pertama negara, Prof Dr Rahimah Abdul Kadir. Beliau berpengalaman 35 tahun dalam pengurusan karies. Kini beliau menjadi Dekan Fakulti Pergigian Lincoln University College, Ahli Yang Dilantik ke Majlis Pergigian Malaysia, Jurutaksir bagi Agensi Kelayakan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan dan Pengerusi Alliance for a Cavity-Free Future (ACFF)

7 Nasihat Dari kubur kepada manusia sebelum meninggal Dunia

Setiap insan yang hidup dalam dunia ini pasti akan merasai mati. Namun kematian sebagaimana yang kita mahukan? dan adakah kita bersedia dengan bekalan yang secukupnya menghadapi kematian? berikut antara nasihat kubur sebelum kita meninggal dunia 


 

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..
Back To Top