Pihak berkuasa Perancis memulakan siasatan selepas menerima laporan yang mendakwa terdapat risiko penyakit barah ekoran penggunaan bahan tambahan dalam ubat gigi di negara ini.
Menurut French Tribune yang memetik laporan tersebut, selain ubat gigi, bahan tambahan untuk memutihkan gigi itu turut digunakan dalam penghasilan gula-gula getah.
Laporan itu didedahkan berdasarkan satu kajian yang dilakukan sepasukan penyelidik dari Perancis dan Luxembourg yang memasukkan bahan tambahan yang dikenali sebagai E171 ke dalam makanan untuk diberikan kepada tikus makmal selama 100 hari.
Laporan tersebut menyatakan, penggunaan bahan terbabit boleh dikaitkan dengan luka-luka kecil yang menjadi penyebab kanser seperti yang dialami oleh tikus-tikus makmal tersebut.
Kenyataan itu diperkukuhkan apabila hasil penyelidikan mendapati, hampir 40 peratus daripada tikus yang diberikan makanan mengandungi bahan tambahan tersebut mengalami luka seperti yang disebutkan.
Selain digunakan dalam penghasilan ubat gigi dan gula-gula getah, E171 turut digunakan untuk menghasilkan kek ising dan telah diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) sejak lebih 50 tahun lalu.
Dalam pada itu, pasukan penyelidik terbabit mendakwa, bahan tambahan yang digunakan itu turut menghalang sistem imunisasi badan daripada bertindak balas selain meningkatkan tahap kecederaan yang dialami oleh tikus-tikus berkenaan.
“E171 mengandungi partikel nano daripada titanium dioksida yang terkandung secara semula jadi dalam oksida logam.
“Bahan itu merupakan salah satu daripada lima bahan nano yang sering digunakan untuk menghasilkan produk pengguna termasuk makanan, cat dan barangan kosmetik,” kata pasukan penyelidik tersebut.
Hasil penyelidikan itu diterbitkan dalam jurnal Nature yang disiarkan oleh Scientific Reports.- utusan

Labels:
gigi
Thanks for reading Bahan pemutih gigi boleh akibatkan kanser. Please share...!
0 Comment for " Bahan pemutih gigi boleh akibatkan kanser"